Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka komited perkasa pendidikan dan sukan
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka komited perkasa pendidikan dan sukan

Utusan Sarawak 3 hours ago

Kaunselor Majid Amit Zainuddin telah mewakili ADUN Kalaka menyempurnakan Sukan Tahunan Antara Rumah peringkat SK Perpat, baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan komitmen beliau untuk terus menyokong pembangunan pendidikan di kawasan Kalaka termasuk usaha meningkatkan prasarana sukan sekolah secara berperingkat.

Beliau berkata, pembangunan pendidikan bukan sahaja melibatkan peningkatan dalam bilik darjah dan kemudahan pembelajaran, tetapi juga aspek kokurikulum yang menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah murid.

Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut beliau, penganjuran program sukan sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan memiliki ketahanan mental yang tinggi bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

Mohamad Duri turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah, para guru serta komuniti ibu bapa atas komitmen padu dalam menjayakan Sukan Tahunan Antara Rumah peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Perpat yang berlangsung meriah, baru-baru ini.

Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dalam pada itu, Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin telah mewakili ADUN Kalaka menyempurnakan Sukan Tahunan Antara Rumah peringkat SK Perpat.

Katanya, kejayaan penganjuran tersebut mencerminkan kerjasama erat antara warga sekolah dan komuniti setempat dalam menyediakan ruang pembangunan holistik untuk murid.

Beliau juga menegaskan bahawa sokongan terhadap pendidikan dan aktiviti kesukanan akan diteruskan, termasuk penambahbaikan fasiliti sukan sekolah secara berfasa bagi memastikan pelajar mendapat persekitaran latihan yang lebih selesa dan selamat.

Mohamad Duri berharap program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memperkukuh perpaduan, semangat kesukanan serta potensi kepimpinan murid di kawasan DUN Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM tangkap biawak ditemui di bawah stor di Kampung Tengah Serembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.