Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM tangkap biawak ditemui di bawah stor di Kampung Tengah Serembang
  • Tengah
  • WILAYAH

APM tangkap biawak ditemui di bawah stor di Kampung Tengah Serembang

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap seekor biawak yang sebesar alat pemadam api di Kampung Tengah Serembang hari ini. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Kejadian luar biasa berlaku di Kampung Tengah Serembang hari ini apabila seorang wanita terdengar dengusan aneh dari bawah stor, rupanya datang daripada seekor biawak.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Spaoh, insiden berlaku ketika ibu saudara Johan iaitu seorang pengadu sedang mengemas stor.

“Ibu saudara Johan terdengar bunyi dengusan seperti ular tedung, jadi beliau (Johan) bimbang keselamatan diri dan keluarga lalu segera menghubungi talian kecemasan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh,” kata beliau.

Bertindak atas laporan itu, Skuad Bravo APM Spaoh dengan kekuatan empat anggota yang diketuai Sarjan Hasla Deli segera ke lokasi untuk membantu menangkap reptilia tersebut.

Sebaik tiba, anggota APM melakukan pemeriksaan di kawasan yang dinyatakan pengadu dan menjumpai seekor biawak berada di bawah stor.

Biawak yang sebesar alat pemadam api itu berjaya ditangkap menggunakan teknik menjerut sebelum dibawa balik ke PKOD. Ia kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Kejadian ini menekankan kepentingan segera menghubungi pihak berkuasa apabila menghadapi situasi membabitkan haiwan liar bagi memastikan keselamatan penduduk dan haiwan itu sendiri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RTP terus tingkatkan kemudahan pendidikan di DUN Kalaka
Next: ADUN Kalaka komited perkasa pendidikan dan sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.