Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban banjir di Sumatera melebihi 600, ratusan masih hilang
  • GLOBAL

Angka korban banjir di Sumatera melebihi 600, ratusan masih hilang

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEPASANG suami isteri duduk di hadapan rumah mereka, yang separuh tenggelam dalam lumpur selepas banjir kilat melanda kampung mereka di Tukka, Kabupaten Tapanuli Tengah, wilayah Sumatera Utara, pada 1 Disember 2025. Foto AFP

JAKARTA: Agensi Bencana Indonesia melaporkan peningkatan ketara angka korban susulan banjir besar dan tanah runtuh di Sumatera, dengan sekurang-kurangnya 604 kematian direkodkan setakat ini, lapor agensi berita Jerman dpa.

Hujan lebat yang melanda sebahagian besar Sumatera minggu lalu menyebabkan air sungai melimpah, mencetuskan tanah runtuh dan menenggelamkan seluruh daerah.

Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) memaklumkan bahawa 464 orang masih hilang, manakala 2,600 lagi cedera.

Lebih 1.5 juta penduduk terjejas dan sekitar 570,000 orang terpaksa meninggalkan rumah, kebanyakannya berlindung di bangunan awam yang sesak dengan akses terhad kepada air bersih dan bekalan elektrik.

Kemusnahan terburuk dilaporkan di Sumatera Utara yang merekodkan sekurang-kurangnya 283 kematian.

Di Sumatera Barat, pihak berkuasa mengesahkan 165 kematian, manakala 156 orang terkorban di Aceh.

BNPB berkata kerajaan daerah berdepan kesukaran memulihkan rangkaian komunikasi dan menghubungi komuniti yang terputus hubungan akibat jambatan runtuh, jalan rosak dan talian elektrik terputus.

Indonesia, sebuah negara dengan lebih 17,000 pulau, merupakan antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia.

Musim tengkujuh saban tahun sering mencetuskan banjir dan tanah runtuh, namun pihak berkuasa berkata impaknya semakin memburuk susulan pembalakan, pembangunan pesat dan peningkatan kejadian cuaca ekstrem.

Pasukan kecemasan daripada kerajaan pusat, tentera dan agensi bencana tempatan telah dikerahkan ke seluruh kawasan terjejas, tetapi akses masih menjadi cabaran utama, menurut BNPB.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Wanita tertua di Rusia meninggal dunia pada usia 114 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.