Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPP dan Pansar perkukuh kerjasama hijau melalui program penanaman pokok di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa
  • Selatan
  • WILAYAH

MPP dan Pansar perkukuh kerjasama hijau melalui program penanaman pokok di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa

Utusan Sarawak 3 hours ago
TAN Kai (empat kanan) berucap pada sesi penanaman pokok

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan dan Pansar Company Sdn Bhd meneruskan kerjasama hijau mereka melalui program penanaman pokok yang diadakan pada Ahad lalu di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa.

Sebanyak 345 pokok dan tumbuhan berbunga disumbangkan oleh Pansar bagi inisiatif tahun ini yang bertujuan menambah kehijauan, kepelbagaian biologi dan nilai pemandangan di kawasan tebing Sungai Batu Kawa. Ini merupakan tahun kedua kerjasama antara MPP dan Pansar selepas kejayaan program penanaman pokok tahun lalu.

Program tersebut turut disertai oleh rombongan seramai 40 peserta dari Pansar bersama ahli majlis, pegawai dan sukarelawan MPP, sekali gus menggambarkan sokongan kukuh sektor awam dan swasta terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

SEBAHAGIAN peserta program menanam pokok sebagai usaha menghijaukan kawasan Taman Tebingan Sungai Batu Kawa.

Pengerusi MPP Cr Tan Kai merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan Pansar dan menekankan kepentingan jalinan kerjasama dalam menggerakkan agenda kelestarian Majlis.

Beliau berkata MPP mengalu alukan penyertaan badan korporat, persatuan dan kumpulan komuniti untuk bekerjasama dengan Majlis dalam memperkenalkan lebih banyak inisiatif hijau dan program berimpak kepada masyarakat.

Cr Tan Kai turut mengingatkan orang ramai yang mengunjungi Taman Tebingan Sungai Batu Kawa supaya menggunakan ruang parkir yang disediakan di deretan kedai di kawasan atas tebing sungai dan mengelakkan parkir berganda demi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan semua pengguna taman.

Beliau menambah bahawa kerjasama seperti ini bukan sahaja memperindah kawasan bandar tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk. MPP berharap lebih banyak organisasi tampil bekerjasama dalam usaha mempromosikan kelestarian dan kesejahteraan komuniti.

Orang ramai boleh mengikuti laman Facebook rasmi MPP Majlis Perbandaran Padawan untuk maklumat lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 84 JKKK Parlimen Sibu terima peruntukan sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2026
Next: Naik taraf tandas bukti komitmen GPS terhadap pembangunan sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.