
BELURU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Skuad Bravo berjaya memusnahkan sarang tebuan tanah yang ditemui bersarang di celah dinding Sekolah Kebangsaan (SK) Pengrah Entri, Beluru.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata pihak mereka menerima panggilan dari orang awam mengenai penemuan sarang serangga pada 8.20 malam tadi.
Sebaik menerima panggilan tersebut Angkatan Pertahanan Awam Beluru diketuai PBT (PA) Sylvia Empiang Tunkai bersama dua anggota lain bergegas ke lokasi pada 8.22 malam yang jaraknya 0.5 meter dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Beluru.
Setianya ke lokasi pihak APM berjumpa dengan pengadu untuk mendapatkan maklumat kedudukan serangga tersebut.
Sarang serangga berkenaan yang berukuran lebih kurang satu tapak tanagan dewasa berjaya dimusnahkan dengan menggunakan semburan baygon.
Oleh Jiku Juguong