Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Gudang elektrik ranap terbakar di Lawas
  • KEBAKARAN

Gudang elektrik ranap terbakar di Lawas

Utusan Sarawak 16 hours ago
KAWAL API… Anggota Bomba mengawal api daripada merebak ke kawasan rumah berhampiran gudang peralatan elektrik petang tadi di Jalan Trusan, Lawas. Foto BBP Lawas

LAWAS: Kebakaran di gudang penyimpanan barangan elektrik di Jalan Trusan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas, ranap dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Pusat Gerakan Operasi (PGO) kejadian dilaporkan berlaku pada 5.25 petang sebelum pasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas serta dua jentera tiba di lokasi tiga minit kemudian.

RANAP SEPENUHNYA… Gudang yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada lewat petang di Jalan Trusan, Lawas. Foto BBP Lawas

Gudang tersebut telah terbakar 100 peratus ketika pasukan tiba dan pamadaman menggunakan sumber air daripada pili bomba dan berjaya dipadamkan pada 6.53 petang.

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden itu.

Setakat ini tidak ada maklumat berhubung punca dan jumlah kerugian yang dilaporkan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Empat kilang musnah kebakaran di hadapan BBP Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.