Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM ambil tindakan segera terhadap pegawai terlibat dalam OPS Songsang
  • NASIONAL

KPM ambil tindakan segera terhadap pegawai terlibat dalam OPS Songsang

Utusan Sarawak 3 hours ago
LOGO Kementerian Pendidikan (KPM).

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan segera terhadap pegawai terlibat dan ditahan dalam serbuan OPS Songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara, Jumaat lepas.

Menurut kenyataan KPM hari ini, langkah itu bagi memastikan semua pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan di bawah kementerian itu sehingga proses siasatan selesai dijalankan.

“KPM mengambil serius penglibatan beberapa orang pegawai terlibat dalam aktiviti songsang seperti dilaporkan baru-baru ini.

“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalaman sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

KPM turut menasihati ketua-ketua jabatan di bawah kementerian itu untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat.

Jumaat lepas, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Senarai rampasan barangan ditandatangani oleh Albert Tei – SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.