Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KLIA mulakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan hari ini – MAHB
  • NASIONAL

KLIA mulakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan hari ini – MAHB

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini memulakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) selepas tempoh percubaan selama tiga bulan merekodkan pengurangan ketara dalam kesesakan di kawasan tepi jalan.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berkata tempoh percubaan itu berjaya mengubah tingkah laku pemandu, dengan jumlah kenderaan melebihi tempoh berhenti 10 minit di lorong menurunkan dan mengambil penumpang berkurangan daripada 50 peratus kepada 21 peratus.

Beliau berkata penemuan itu menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan penguatkuasaan penuh bagi memastikan aliran trafik lebih lancar khususnya menjelang musim perjalanan pada hujung tahun dan persiapan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Data daripada tempoh percubaan menunjukkan bahawa situasi kesesakan di kawasan tepi jalan bertambah baik apabila kenderaan mematuhi had 10 minit.

“Kebanyakan pengguna di KLIA mematuhi peraturan itu dan dengan penguatkuasaan penuh di Terminal 1 bermula hari ini, kami ingin memastikan akses yang lebih teratur supaya semua orang mempunyai peluang sama rata untuk menggunakan laluan tersebut dengan lebih efisien,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

VAMS menggunakan Pembaca Nombor Pendaftaran Kenderaan (LPR) untuk merekodkan masa setiap kenderaan masuk dengan tepat sebelum secara automatik mengira tempoh keberadaan semasa keluar.

Kenderaan diberikan tempoh tangguh atau kelonggaran selama 10 minit dan selepas itu, denda antara RM10 hingga jumlah maksimum RM100 dikenakan, bergantung kepada tempoh melebihi had.

Pembayaran boleh dibuat melalui Touch ‘n Go, kad kredit atau MyDebit.

Menurut MAHB, penguatkuasaan ini adalah bagi memastikan laluan sentiasa tersedia untuk penumpang dan mengekalkan akses terminal yang teratur.

Bagi pemandu yang perlu menunggu lebih lama, beberapa alternatif disediakan termasuk Tempat Letak Kereta Jangka Pendek dengan 15 minit parkir percuma, Tempat Letak Kereta Jangka Panjang dengan 30 minit parkir percuma dan Kawasan Menunggu Awam KLIA, iaitu zon menunggu percuma yang ditetapkan.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Status ‘orang lama’ tidak jamin kemenangan pada PRN Sabah
Next: Tiada rombakan Kabinet besar-besaran, hanya keperluan isi kekosongan – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.