Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRN Sabah cerminkan kehendak rakyat negeri itu sendiri – Roland Sagah
  • TEMPATAN

PRN Sabah cerminkan kehendak rakyat negeri itu sendiri – Roland Sagah

Utusan Sarawak 3 hours ago
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, bercakap ketika ditemui media di DUN Sarawak.

PETRA JAYA:  Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam mencerminkan kehendak dan hala tuju rakyat negeri itu sendiri tanpa dipengaruhi faktor luar.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata landskap politik Sabah adalah unik dan tidak boleh dibandingkan secara langsung dengan Sarawak.

“Kita berbeza dengan Sabah. Sarawak adalah Sarawak.

“Sepanjang tempoh kempen PRN Sabah, jelas bahawa calon-calon dan parti yang bertanding memberi tumpuan kepada isu yang dekat dengan rakyat negeri itu.

“Sabah pun ada cara dia sendiri. Apa yang berlaku, saya percaya adalah kerana kehendak orang Sabah sendiri. Semasa kempen, mereka memang tumpu kepada ‘Sabah untuk Sabahan’,” katanya ketika ditemui media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Bakat, berkata rakyat wajar menilai secara rasional hala tuju politik negeri masing-masing.

“Kita tengok jelas, tapi rakyat perlu tengok dengan jelas juga.

“Akhirnya, semuanya bergantung kepada rakyat untuk memahami apa yang berlaku. Itu politik,” katanya ringkas.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kekalahan DAP di Sabah amaran jelas untuk Sarawak – Eric Tay
Next: Sarawak sedia bawa balik guru anak tempatan, kekangan peribadi jadi cabaran – Roland Sagah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.