Tiga cedera kemalangan di Jambatan Sungai Samariang Besar

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba bertindak pantas dalam operasi menyelamat tiga mangsa kemalangan jalan raya di Petra Jaya. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Tiga individu dilaporkan cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan, Perodua Bezza dan Proton Persona, di Jambatan Sungai Samariang Besar, Petra Jaya pada 4.46 pagi tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai PBK I Pandi Seh segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

ANGGOTA bomba bertindak pantas dalam operasi menyelamat tiga mangsa kemalangan jalan raya di Petra Jaya. Foto BBP Petra Jaya

Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati dua mangsa berada di dalam kereta Proton Persona dengan kecederaan di muka, manakala seorang mangsa lelaki di kereta Perodua Bezza mengalami kecederaan pada kaki. Semua mangsa tidak tersepit.

Bomba telah menstabilkan mangsa bagi rawatan awal sebelum menyerahkan mereka kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

ANGGOTA bomba bertindak pantas dalam operasi menyelamat tiga mangsa kemalangan jalan raya di Petra Jaya. Foto BBP Petra Jaya

Pasukan operasi juga menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan keselamatan sebelum kembali ke balai.

Kesemua yang dilaporkan cedera berada dalam keadaan stabil.

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara