Met Malaysia keluarkan amaran Lekukan Tropika

Facebook
WhatsApp
AMARAN berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu boleh mencatat kelajuan angin maksimum 56km/j.

Kenyataan itu memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

-Bernama