Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dr. Sim terima kunjungan hormat Guo Ningning dari CPC Fujian
  • TEMPATAN

Dr. Sim terima kunjungan hormat Guo Ningning dari CPC Fujian

Utusan Sarawak 4 hours ago
KUNJUNGAN… Dr Sim menerima kunjungan Timbalan Setiausaha CPC Wilayah Fujian, Guo Ningning di pejabat MPS, hari ini.

SIBU: Timbalan Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Wilayah Fujian, Guo Ningning mengetuai kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS), hari ini.

Ketibaan delegasi itu disambut oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, Pengerusi MPS, Clarence Ting serta timbalannya, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

TERIMA KASIH… Guo Ningning menyampaikan cenderahati kepada Dr Sim.

Turut hadir menyambut delegasi berkenaan ialah Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming dan beberapa tetamu jemputan lain.

Sebaik tiba, delegasi tersebut dibawa melawat ruang pameran yang memaparkan gambar pembangunan bandar Sibu.

Kunjungan itu antara lain bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Sarawak dengan Wilayah Fujian dan Bandaraya Fuzhou, China.

Dalam pertemuan berkenaan, Dr Sim dan delegasi terbabit turut bertukar pandangan serta idea antara kedua-dua pihak.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Isu simpanan RM400,000 hilang, Chong Chieng Jen desak BSN ambil tanggungjawab
Next: DUN: Sasaran menjadikan Sarawak sebagai ‘wilayah bandar’ menjelang 2030 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.