Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Institusi keluarga perlu diperkukuh demi masyarakat berdaya tahan
  • WILAYAH

Institusi keluarga perlu diperkukuh demi masyarakat berdaya tahan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEGAWAI Tugas-Tugas Khas II kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng, Pegawai Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan dan Pengerusi PPWS Bintulu/Tatau, Zainab Mat merakam gambar bersama ahli-ahli PPWS.

BINTULU: Institusi keluarga perlu diperkukuh bagi memastikan masyarakat terus stabil dan berdaya tahan menghadapi cabaran semasa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing berkata, ibu bapa harus memberi perhatian khusus terhadap pendidikan, perkembangan sosial dan keselamatan anak-anak kerana keluarga merupakan asas pembentukan nilai serta sahsiah generasi muda.

“Ibu bapa perlu peka dan memastikan pengawasan berterusan terutama berkaitan penggunaan media sosial agar anak-anak membesar dalam persekitaran selamat dan positif,” katanya.

Tiong berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas II beliau, Steven Kong Kai Seng semasa program Hari Keluarga Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di Bangunan PPWS Daerah di sini, hari ini.

PEGAWAI Tugas-Tugas Khas II kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng menerima cenderamata daripada Pengerusi PPWS Bintulu/Tatau, Zainab Mat semasa program Hari Keluarga PPWS di Bintulu, hari ini.

Selain itu, beliau turut menekankan peranan golongan wanita dalam memastikan kesejahteraan keluarga serta pembangunan komuniti secara keseluruhan.

“Wanita adalah tunjang penting dalam keluarga, masyarakat dan bidang pekerjaan. 

“Dedikasi dan komitmen mereka menyumbang kepada kekuatan komuniti,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Hari Keluarga PPWS seiring usaha mengukuhkan hubungan sesama ahli melalui aktiviti santai yang menekankan nilai kekeluargaan dan kebersamaan.

Menurutnya, program tersebut bukan sahaja memberi ruang berinteraksi, tetapi turut menyokong inisiatif PPWS dalam memperkasa wanita melalui latihan, kebajikan dan pembangunan keluarga.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat majikan terima Anugerah Majikan Terbaik KWSP 2025 di Sibu
Next: Jaga imej PPWS, elak kongsi aktiviti tanpa semakan di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.