Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 6.0 landa Alaska – USGS
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 6.0 landa Alaska – USGS

Utusan Sarawak 5 hours ago

ISTANBUL: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda kawasan barat laut Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menurut laporan awal Kajian Geologi AS (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa bumi itu berlaku pada 1711 GMT di kawasan Susitna pada kedalaman 69.4 kilometer dan kira-kira 12 km di barat laut Susitna, berhampiran Anchorage, bandar paling ramai penduduk di negeri AS berkenaan.

Jabatan Pengangkutan Alaska memaklumkan pihak berkuasa sedang menjalankan pemeriksaan terhadap infrastruktur lebuh raya, lapangan terbang, jambatan dan terowong “bagi memastikan rangkaian pengangkutan kekal berfungsi dengan baik.”

Tiada kerosakan segera dilaporkan dan jabatan itu menyatakan “gangguan perjalanan tidak mungkin berlaku.”

Datuk Bandar Anchorage Suzanne LaFrance berkata pasukan teknikal telah memulakan pemeriksaan terhadap infrastruktur awam dan setakat ini tiada masalah dikenal pasti.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa susulan gempa bumi itu.

Menurut maklumat awal, tsunami tidak dijangka berlaku selepas gegaran itu, kata Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan AS.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Kebakaran dahsyat di Hong Kong ragut 94 nyawa, ramai masih hilang
Next: Angka korban banjir dan tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 19 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.