Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pegawai SPRM buat laporan polis berhubung klip video tohmah Azam Baki
  • NASIONAL

Pegawai SPRM buat laporan polis berhubung klip video tohmah Azam Baki

Utusan Sarawak 4 hours ago
LOGO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PUTRAJAYA: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan polis berhubung klip video yang disiarkan di akaun Facebook Pejuang Tun Dr Mahathir, yang mengandungi tohmahan terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini susulan tohmahan dalam video perbualan melibatkan seorang wanita dengan ahli perniagaan bernama Albert Tei.

“Laporan polis oleh pegawai SPRM ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menyiasat tohmahan sebagaimana disebut dalam perbualan itu bahawa seorang individu telah berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan meminta supaya diringankan kes dihadapi Albert Tei dan supaya kes itu diselesaikan secara baik dan tidak berlarutan,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, pegawainya dalam laporan polis itu turut menyebut bahawa kandungan video terbabit berniat jahat bagi menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan siasatan SPRM adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

“Perbualan wanita dan ahli perniagaan sebagaimana dalam klip video terbabit adalah berniat jahat bukan sahaja bagi menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebaliknya dipercayai bagi mencemar imej dan kredibiliti SPRM,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM mengesahkan mengenai laporan polis yang telah dibuat dan memaklumkan laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu berkenaan.

— BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Banjir Hat Yat: 36 pelajar, pensyarah UUM terkandas berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.