Terkini: Angka korban kebakaran Hong Kong meningkat kepada 55 orang

Facebook
WhatsApp
Anggota bomba bersiap sedia selepas kebakaran besar melanda beberapa blok pangsapuri di kawasan perumahan Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, Hong Kong, hari ini. Pasukan bomba Hong Kong sedang memeriksa kompleks pangsapuri yang masih terbakar bagi mencari ratusan mangsa yang hilang hari ini, sehari selepas kebakaran itu memusnahkan bangunan tinggi dan meragut sekurang-kurangnya 44 nyawa. Foto AFP

HONG KONG, China: Jumlah korban akibat kebakaran besar yang melanda sebuah kawasan perumahan di sini meningkat kepada 55 orang, menurut Jabatan Bomba bandar itu pada petang ini.

Dalam sidang media, pegawai bomba memaklumkan bahawa seramai 51 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran yang berlaku di empat daripada lapan blok pangsapuri di kawasan berkenaan telah berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tiga lagi kebakaran dilaporkan berada dalam kawalan, manakala sebuah bangunan tidak terjejas.

Tragedi ini disifatkan sebagai antara insiden kebakaran paling buruk pernah berlaku di Hong Kong, dengan operasi menyelamat dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak berkuasa. -AFP