Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Toh Puan Fauziah hadiri Program Seni Sulaman Keringkam di Wisma SABATI
  • TEMPATAN

Toh Puan Fauziah hadiri Program Seni Sulaman Keringkam di Wisma SABATI

Utusan Sarawak 5 hours ago
TOH Puan Fauziah hadiri Program Seni Sulaman Keringkam: Kelas Keringkam Meniti Benang Warisan Emas di Wisma SABATI hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Sulaman Keringkam: Kelas Keringkam Meniti Benang Warisan Emas di Wisma SABATI hari ini.

Program ini dianjurkan bersama oleh Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), menandakan hari kedua dan penutup bagi siri program berkenaan.

Ketibaan Toh Puan Fauziah disambut mesra oleh Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden SABATI, Dato Doreen Mayang Unggah, Setiausaha Kehormat SABATI, Dato Enn Ong Siok Ean, Pengerusi Wanita MAKSAK Sarawak, Dato  Baduyah Bujang, Bendahari Kehormat SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin serta ahli-ahli jawatankuasa SABATI yang lain.

TOH Puan Fauziah hadiri Program Seni Sulaman Keringkam: Kelas Keringkam Meniti Benang Warisan Emas di Wisma SABATI hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Pada awal program, Toh Puan Fauziah berkongsi koleksi sapu tangan sulam cabut milik Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang dipamerkan sebagai rujukan dan sumber inspirasi kepada peserta lain untuk menilai dan menghayati kehalusan seni keringkam tradisional.

Pada penghujung program, Toh Puan Fauziah turut menyempurnakan acara penyampaian cenderamata kepada para tenaga pengajar sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli SABATI yang telah menjayakan program ini. Program seumpama ini diharapkan dapat terus dianjurkan bagi memartabatkan seni keringkam serta memperkukuh identiti budaya Sarawak yang berbilang kaum dan kaya dengan warisan seni serta tradisi.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 17 bot baharu bot ditempatkan di kawasan berisiko banjir
Next: Taman Negara Miri-Sibuti ditutup sementara mulai 1 Disember hingga Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.