Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa 6.3 skala Richte landa perairan Aceh, tiada amaran tsunami dikeluarkan
  • GLOBAL

Gempa 6.3 skala Richte landa perairan Aceh, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Utusan Sarawak 4 hours ago

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda perairan wilayah Aceh pada pagi Khamis, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, lapor Xinhua.

Gempa berlaku pada 11.56 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 62 kilometer (km) barat laut bandar Sinabang di pesisir timur Pulau Simeulue.

BMKG berkata gempa berpusat pada kedalaman 10 km namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Peta gegaran (shakemap) yang dikeluarkan BMKG menunjukkan gegaran lemah hingga sederhana dirasai di beberapa bahagian Pulau Simeulue dan kawasan sekitar.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Roket angkasa Nuri Korea Selatan dijadual dilancarkan 12.55 tengah malam khamis
Next: Terkini: Angka korban kebakaran Hong Kong meningkat kepada 55 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.