Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Bella Astillah antara wanita inspirasi terima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards
  • INSPIRASI

Bella Astillah antara wanita inspirasi terima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards

Utusan Sarawak 6 hours ago
BELLA Astillah membuktikan tiada yang mustahil bagi wanita yang berdedikasi.

KUALA LUMPUR: Kecekalan dan kesabaran menjadi kekuatan Bella Astillah dalam meneruskan kerjaya seninya walaupun bergelar ibu tunggal dan sering berdepan pelbagai cabaran.

Keyakinan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, bahawa usaha konsisten akan membuahkan hasil terbukti apabila beliau diumumkan sebagai penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards malam tadi.

“Saya sangat berbesar hati menerima anugerah ini. Saya benar-benar tidak menduga. Mereka kata ini adalah untuk apa yang saya sudah capai selama ini,” katanya kepada pemberita.

Malah, ibu kepada dua anak itu juga mengakui beliau pada mulanya tidak percaya dengan penganugerahan tersebut dan menganggapnya sebagai satu penipuan.

“Saya lihat ada nama-nama besar dan semuanya hebat-hebat. Saya semak e-mel banyak kali dan tanya label saya Universal Music Malaysia, betul atau tidak,” kongsinya yang turut mezahirkan penghargaan buat ibunya atas anugerah yang diterima.

“Sebagai seorang wanita, kita mesti nak beri yang terbaik, terutama apabila mewakili ibu tunggal di luar sana. Lakukan yang terbaik dan berserah, kesabaran itu insya-Allah akan membawa kebahagiaan.

“Mama seorang wanita yang kuat, rajin dan baik hati. Anugerah ini untuk mu mama,” katanya yang turut mengakui masih banyak ruang untuk beliau membaiki diri di masa depan.

Seorang lagi penerima ialah Manjeet Kaur, pengasas dan presiden  Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) yang menganggap anugerah itu sebagai pendorong untuknya meneruskan usaha membantu golongan memerlukan di seluruh Sarawak.

“Anugerah ini sangat bermakna buat saya dan juga komuniti yang saya bantu. Pengiktirafan ini memberi saya inspirasi untuk melakukan lebih lagi dalam membantu komuniti memerlukan di Sarawak,” katanya, menambah badan bukan kerajaan tersebut banyak menjalankan program outreach di negeri itu.

Beliau berkata antara usaha yang dijalankan oleh PPIS ialah menguruskan kes individu tanpa kewarganegaraan, mengedarkan bakul makanan B40, dan terbaharu menubuhkan pusat perlindungan remaja hamil yang pertama di Sarawak.

Tidak ketinggalan, hakim wanita pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia Nenney Shuhaidah Shamsuddin melihat pengiktirafan itu sebagai petanda bahawa penglibatan wanita dalam bidang syariah semakin diberi perhatian.

“Sangat berbesar hati, sebab saya daripada bidang syariah, bidang agama. Bila kewujudan kami disedari, kami warga perundangan syariah, saya sangat bersyukur kepada Allah SWT,” katanya yang menyifatkan anugerah tersebut sebagai platform mengangkat peranan wanita dalam pembangunan negara.

“Ini satu anugerah yang bagus kerana mengiktiraf sumbangan wanita dalam apa bidang sekali pun. Tidak kira syariah, kebajikan, politik atau pendidikan, semuanya penting,” katanya yang juga Ketua Hakim Syarie Selangor.

AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards dianjurkan Top 50 Media Synergy Sdn Bhd dengan kerjasama strategik AFFIN INVIKTA serta sokongan Kementerian Belia dan Sukan.

Program nasional berprestij itu mengiktiraf 50 wanita cemerlang daripada pelbagai sektor termasuk kewangan, sains, keusahawanan, pendidikan, perkhidmatan awam dan seni, bagi menghargai individu berimpak tinggi yang menyumbang kepada kemajuan negara serta mengangkat reputasi Malaysia di persada global.

Penerima lain termasuk Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat; pelakon dan pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh; ikon seni legenda Datuk Sheila Majid serta atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong.- Bernama

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Adam pemain dram cilik buktikan usia bukan halangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.