Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ASSB, SDEC perkukuh pelaksanaan Pejabat Bergerak ASSAR melalui MySRBN
  • TEMPATAN

ASSB, SDEC perkukuh pelaksanaan Pejabat Bergerak ASSAR melalui MySRBN

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEJABAT Bergerak ASSAR turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembukaan akaun baharu, penambahan dan semakan akaun pelaburan, kemas kini maklumat pelabur serta khidmat pelanggan berkaitan.

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB) memperkukuh penyampaian perkhidmatannya kepada masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan Pejabat Bergerak ASSAR hasil kerjasama strategik bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Melalui usaha itu, SDEC menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi menerusi Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) bagi menyokong operasi Pejabat Bergerak ASSAR di setiap lokasi yang dikunjungi.

Penyediaan capaian internet stabil dan berkualiti ini memperluaskan lagi akses masyarakat, khususnya di kawasan pedalaman yang berdepan liputan terhad.

Dengan kemudahan MySRBN, Pejabat Bergerak ASSAR dapat menjalankan urusan perkhidmatan dengan lebih cekap, memastikan pelabur menerima perkhidmatan yang lancar dan berkesan.

Pejabat Bergerak ASSAR turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembukaan akaun baharu, penambahan dan semakan akaun pelaburan, kemas kini maklumat pelabur serta khidmat pelanggan berkaitan.

Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada masyarakat Bumiputera Sarawak di luar bandar kerana mereka kini boleh mengakses perkhidmatan ASSAR tanpa perlu hadir ke kaunter di ibu pejabat.

Kerjasama antara ASSB dan SDEC sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk memperluaskan agenda ekonomi digital serta meningkatkan akses kepada teknologi dan perkhidmatan kewangan di seluruh negeri.

Usaha ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa keterangkuman digital dan meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan inovatif.

Pejabat Bergerak ASSAR akan meneruskan jelajah ke pelbagai lokasi di seluruh Sarawak secara berkala. Jadual seterusnya akan diumumkan melalui Instagram @amanahsahamsarawakberhad, Facebook Amanah Saham Sarawak Berhad serta laman web www.assar.com.my.

Untuk maklumat lanjut, para pelabur boleh menghubungi Pejabat ASSB di talian 082-231433 atau 019-3461433 / 019-8491433.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kes dadah bukan sebab naik mendadak tetapi polis mula gempur habis-habisan – Pesuruhjaya Polis Sarawak
Next: PBB Ba’kelalan anjur Pra Krismas 12 Disember, eratkan hubungan masyarakat majmuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.