Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Top Speed Aquatic Miri rai perenang terbaik dalam majlis makan malam tahunan
  • SUKAN

Top Speed Aquatic Miri rai perenang terbaik dalam majlis makan malam tahunan

Utusan Sarawak 18 hours ago
JURULATIH, Li Zhong dan perenang Kelab Renang Top Speed Aquatic Miri bergambar kenangan semasa majlis makan malam tahunan kelab tersebut.

MIRI: Kelab Renang Top Speed Aquatic Miri menganjurkan makan malam tahunan bagi menghargai pencapaian para atletnya serta memperkukuh hubungan antara jurulatih, perenang dan ibu bapa di sini semalam.

Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra itu dihadiri kira-kira 120 ahli serta ibu bapa, sekali gus menjadi platform mengiktiraf kecemerlangan perenang sepanjang tahun.

Anugerah Perenang Lelaki Terbaik Tahun Ini disampaikan kepada Bong Rui Jie manakala Anugerah Perenang Wanita Terbaik menjadi milik Lau Claire Yu Rong atas prestasi konsisten mereka dalam sesi latihan serta kejohanan yang disertai.

WAKIL… Lau Claire Yu Rong mewakili Malaysia di Sukan Sekolah ASEAN. Di sebelah kanan ialah jurulatih David Chung.


Selain itu, Anugerah Pencapaian Khas turut dianugerahkan kepada Liysha Liung Chen berikutan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

Claire Lau yang juga perenang kelab itu kini mewakili Malaysia dalam Sukan Sekolah ASEAN (ASG) di Brunei.

Tiga perenang dari Sarawak yang terpilih ke temasya tersebut, dua berasal dari Kuching manakala Claire merupakan satu-satunya wakil dari Miri.

Acara renang berlangsung semalam hingga Rabu ini.

Turut hadir ialah jurulatih dari China, Li Zhong, yang kini menjalankan latihan intensif di Miri bagi membantu meningkatkan tahap prestasi dan daya saing perenang kelab.

Penasihat kelab merangkap jurulatih, David Chung berkata kelab itu akan terus komited dalam pembangunan sukan renang di Miri dengan memberi tumpuan kepada pembentukan atlet muda berbakat yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Kami akan terus membimbing dan melahirkan lebih ramai perenang berkualiti untuk mewakili Miri, Sarawak dan negara di kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: TZ GA juara Kejohanan Dart 2025 SABERKAS Dudong
Next: Everton tewaskan United selepas kad merah Gueye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.