Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kevin Lau puji Belanjawan 2026 perkasa pendidikan digital golongan muda
  • TEMPATAN

Kevin Lau puji Belanjawan 2026 perkasa pendidikan digital golongan muda

Utusan Sarawak 44 mins ago
Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau.

SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau, menyifatkan pengumuman Belanjawan 2026 oleh Premier Sarawak sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan pelajar, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah, tidak ketinggalan dalam era pembelajaran digital.

Beliau berkata beberapa inisiatif utama yang diumumkan dalam belanjawan tersebut menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri memperkasa golongan muda melalui sokongan kewangan serta kemudahan pembelajaran yang lebih menyeluruh.


“Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM30.5 juta tahun depan bagi menyediakan komputer riba kepada pelajar tahun pertama diploma dan ijazah bagi menyokong keperluan pembelajaran digital.

“Selain itu, RM2 juta turut disediakan bagi program baucar buku untuk membantu pelajar mendapatkan buku teks dan bahan akademik penting tanpa beban kewangan berlebihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga meneruskan langkah progresif dalam membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengekalkan subsidi bayaran balik bagi peminjam Sarawak yang telah melunaskan lebih 30 peratus jumlah pinjaman mereka.

Inisiatif itu, yang dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak, telah menyalurkan RM117 juta setakat ini dan memberi manfaat kepada 33,000 peminjam PTPTN dari negeri itu.

Bagi 2026, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk meneruskan program bantuan kewangan ini,” katanya.

Lau berkata keseluruhan usaha tersebut menggambarkan dasar konsisten kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan pelajar serta memastikan akses saksama terhadap pendidikan, khususnya bagi mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Pemuda SUPP menyambut baik dan menyokong sepenuhnya langkah ini kerana ia selari dengan visi jangka panjang kerajaan negeri untuk memperkasa generasi muda dengan peluang dan kestabilan.

“Kami percaya pelaburan ini akan terus memperkukuh modal insan Sarawak serta memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam usaha mengejar pendidikan dan masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PDP Dudong anjur lawatan KMKK ke Kuching, kunjungi persidangan DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.