
PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kediaman rasmi di sini, hari ini.
Pada pertemuan berkenaan, delegasi FAMA telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Toh Puan Fauziah untuk menghadiri Program Demonstrasi Masakan Air Tangan Toh Puan Fauziah sempena Karnival Medan Niaga Satok pada Ahad ini.

Karnival berkenaan adalah anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 November dengan pelbagai pengisian termasuk Jualan Agro MADANI, penyertaan usahawan dari Sarawak dan Pulau Pinang serta pameran produk tempatan bagi memperkukuh potensi pemasaran dan eksport.
Delegasi FAMA diketuai oleh Pengarah FAMA Sarawak, Norsalawaty Abdul Kadir bersama Lois Unggah serta pegawai-pegawai kanan yang lain.