Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 80 pengusaha sayur dan buah terima bantuan pertanian
  • Tengah
  • WILAYAH

80 pengusaha sayur dan buah terima bantuan pertanian

Utusan Sarawak 2 hours ago

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lanang mengagihkan baja dan racun rumpai kepada pengusaha sayur dan buah-buahan bagi meringankan beban kos operasi para petani.

SIBU: Seramai 80 pengusaha sayur dan buah-buahan dari kawasan Telian dan Sungai Pak menerima baja dan racun rumpai di bawah Program Bantuan Pertanian ‘I Love Lanang: MADANI’ bagi sesi ketiga pengagihan kumpulan pertama bagi 2025.


Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa program berkenaan merupakan inisiatif berterusan untuk membantu meringankan beban kos operasi para petani di kawasan itu.

“Peningkatan kos sara hidup, perubahan cuaca dan kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun rumpai memberi tekanan besar kepada pengusaha tani, sekali gus mempengaruhi harga produk pertanian dan memberi impak kepada pengguna.

“Bagi mengurangkan beban tersebut serta meningkatkan daya saing hasil pertanian tempatan, program itu diperkenalkan pada 2022 dan diteruskan pada 2023 dan 2024 melalui agihan dalam dua kumpulan setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, selepas sesi ketiga selesai dijalankan di Sibu, dua lagi lokasi akan menjadi tumpuan seterusnya bagi memastikan pengusaha tani di kawasan lain turut menerima bantuan yang sama.

Sebelum ini, sesi pertama bagi kumpulan pertama 2025 telah dilaksanakan di Durin dengan 172 pengusaha sayur dan buah-buahan menerima bantuan, diikuti sesi kedua membabitkan 93 penerima dari kawasan Salim.

Bagi tahun ini, kumpulan pertama 2024 diagihkan pada penghujung tahun lalu, manakala kumpulan kedua bermula April.

Pengagihan bagi kumpulan pertama 2025 pula dilaksanakan pada November ini.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemudahan awam Sebauh diperkasa seiring naik taraf daerah
Next: Lebih RM12 juta projek pembangunan di Sare Utara dan Sare Tengah sejak 2020 hingga kini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.