Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 92 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching
  • JENAYAH

92 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching

Utusan Sarawak 1 hour ago
Polis memunggah motosikal hasil rampasan ke balai.

KUCHING: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching telah melaksanakan Operasi Samseng Jalanan dari 22 November hingga semalam, bermula 9.00 malam hingga 4.00 pagi di kawasan Pangkalan Sapi, Jalan Astana.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata operasi memberi tumpuan kepada penguatkuasaan terhadap motosikal bagi membanteras kegiatan samseng jalanan serta modifikasi motosikal berbahaya.

Pemilik motosikal menerima saman atas kesalahan mereka.

Sepanjang operasi, polis memeriksa 62 motosikal dan 70 individu, mengeluarkan 92 saman, serta merampas 24 motosikal kerana pengubahsuaian serius di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan utama yang dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan insurans tamat tempoh, modifikasi ekzos dan struktur kenderaan, nombor plat tidak mengikut spesifikasi, serta ketiadaan atau ketidakpatuhan cermin sisi.

Alexson menambah bahawa walaupun cuaca tidak menentu, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden keselamatan.

Beliau menegaskan bahawa IPD Kuching akan terus mempergiat usaha untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengekang aktiviti samseng jalanan di bandar ini.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 555,000 batang rokok, 1,552 liter minuman keras dirampas di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.