Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • TZ GA juara Kejohanan Dart 2025 SABERKAS Dudong
  • SUKAN

TZ GA juara Kejohanan Dart 2025 SABERKAS Dudong

Utusan Sarawak 3 hours ago
Peserta Kejohanan Dart 2025 anjuran SABERKAS Cawangan Dudong merakam kenangan.

SIBU: Pasukan TZ GA mengungguli Kejohanan Dart 2025 anjuran SABERKAS Cawangan Dudong apabila muncul juara selepas menewaskan Sarjan Sarikei dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Apple Café, Jalan Kampung Datu di sini, baru-baru ini.

Kejohanan yang menjadi antara acara tumpuan sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) itu menyaksikan persaingan sengit sejak pusingan awal, dengan TZ GA mengekalkan konsistensi permainan hingga ke detik akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala, pingat dan sijil.

Sarjan Sarikei pula berpuas hati di tempat kedua dengan ganjaran RM500 bersama piala, pingat dan sijil.

Bagi tempat ketiga, Seven Seventy Darters dan AK47 berkongsi kedudukan selepas kedua-duanya mara hingga ke peringkat separuh akhir, masing-masing menerima hadiah RM300, piala, pingat dan sijil.

Penganjur turut mengiktiraf pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan kelima hingga kelapan dengan sumbangan insentif RM50, piala dan sijil sebagai galakan kepada penyertaan aktif dalam sukan tersebut.

Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini, menjadikannya antara edisi paling meriah dengan penyertaan pemain berpengalaman serta muka baharu yang memanaskan suasana pertandingan sepanjang hari.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Skuasy Piala Lau Swee Nguong 2025 raih sambutan pemain muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.