Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar dalam petunjuk Fed bercampur-campur
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar dalam petunjuk Fed bercampur-campur

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini walaupun sentimen kekal berhati-hati berikutan kenyataan bertentangan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pelabur tidak pasti mengenai hala tuju jangka pendek mata wang itu.

Pada 8.00 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1435/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1495 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pegawai kanan Fed memberikan pandangan berbeza mengenai prospek kadar faedah.

“Presiden Fed Boston dilihat tidak bersedia untuk menyokong penurunan kadar faedah pada Disember, merujuk kepada petunjuk bercampur-campur daripada pasaran tenaga kerja dan risiko inflasi.

“Sementara itu, Presiden Fed New York menyatakan bahawa pendirian dasar monetari semasa adalah ketat, menunjukkan mungkin terdapat ruang untuk penurunan kadar faedah yang menjadi penanda aras itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.14 dan RM4.15 hari ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 2.6447/6548 daripada 2.6453/6479 semasa ditutup pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.7679/7858 daripada 4.7779/7819.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding pound kepada 5.4263/4466 daripada 5.4143/4188 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 12.7649/8230 daripada 12.7601/7759 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 247.8/248.9 daripada 248.0/248.3.

Ringgit kekal mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.04/7.07 daripada 7.04/7.05 dan sebahagian besarnya tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.1695/1816 daripada 3.1695/1724 pada Jumaat lepas.

-BERNAMA

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM diunjur diniagakan rendah minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.