
KOTA SENTOSA: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tepi Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama di sini, hari ini, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Padawan memaklumkan bahawa Balai Polis Kota Sentosa menerima laporan awam sekitar 8.05 pagi tadi berhubung penemuan mangsa yang berusia 37 tahun.
Siasatan awal oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan bersama Unit Forensik IPK Sarawak mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian dahi mangsa.
Punca kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Pihak polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hafizin di talian 019-5040810 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-8637241.
Oleh Adele Rissa