SARIKEI: Sarawak Full Gospel Church Sarikei menerima cek daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi tahun 2020 (Fasa 1) sebanyak RM100,000.
Hadir untuk menyerahkan cek tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, pada Sabtu lalu.
Peruntukan dari UNIFOR tersebut adalah untuk kegunaan pihak gereja menaik taraf gereja.
Selain itu, Huang juga telah memperuntukkan sebanyak RM150,000 di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020.
Mewakili pihak gereja tersebut, Pastor Lu mengucapkan terima kasih kepada Huang atas perhatiannya dan membantu memohon dana untuk menaik taraf gereja.
Dalam pada itu, pihak gereja turut menjemput Huang untuk merasmikan upacara pecah tanah di Sarawak Full Gospel Church Sarikei.