Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC naik ke tangga kedua
  • SUKAN

Kuching City FC naik ke tangga kedua

Utusan Sarawak 11 hours ago
PEMAIN Kuching City FC Muhammad Ramadan Saifullah Usman cuba melepasi tahanan dari pemain DPMM FC Miguel Angelo Agostinho Oliveira pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh, Kuching City FC 1-0 DPMM FC. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Selangor FC merakam kemenangan kedua berturut-turut buat kali pertamanya musim ini, untuk terus mengekalkan cabaran dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) FC, 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Skuad Gergasi Merah bermula agresif, sebelum berjaya memperoleh jaringan pembukaan menerusi penyerang import Alvin Fortes pada minit ke-20.

Selangor menggandakan tekanan memasuki babak kedua dan usaha itu membuahkan hasil apabila penyerang import dari Brazil Chrigor Moraes, meledak gol kedua pada minit ke-54.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan pengendali sementara Christophe Gamel naik ke tangga keempat Liga Super dengan mengumpul 16 mat,a di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (30 mata) diikuti Kuching City dan Kuala Lumpur City FC yang berkongsi 20 mata di tempat kedua dan ketiga.

Di Kuching, Kuching City FC meraih kemenangan penting untuk naik ke tangga kedua liga selepas menewaskan DPMM FC 1-0 pada pertembungan di Stadium Negeri Sarawak.

Aksi babak pertama pertembungan “Borneo Derby” itu menyaksikan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan, namun buntu menemui jaringan.

Bersambung babak kedua perlawanan, tuan rumah terus mengasak kubu pelawat sebelum akhirnya menjaringkan gol kemenangan menerusi Ramadhan Saifullah pada minit ke-69.

Pada penghujung perlawanan, permainan menjadi “panas” apabila jaringan pemain DPMM FC Prosper Boakye pada masa tambahan separuh masa kedua (minit 90+1) dibatalkan, hasil semakan video bantuan pengadil (VAR).

Skuad pelawat terus dilanda malang apabila Fairuz Zakaria dikenakan kad merah apabila mengasari Scott Philip Galang Woods di penghujung masa tambahan separuh masa kedua.

Terdahulu, Di Seremban, Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila seri 1-1 ketika menentang Terengganu FC (TFC), yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pasukan pelawat menerima tamparan awal apabila Kyaw Min Oo dilayangkan kad merah kerana mengasari Jovan Motika di luar kotak penalti pada minit ke-15 sebelum NSFC berjaya memecah kebuntuan menerusi gol jarak jauh Luqman Hakim Shamsuddin pasa masa tambahan separuh masa pertama.

Bagaimanapun, kelekaan di hujung perlawanan membawa padah buat pasukan tuan rumah Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili meledak gol penyamaan pada masa tambahan sekali gus menafikan tiga mata NSFC.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kem Negara Hornbill Grit 2025 bangunkan atlet Sarawak dari segi mental dan emosi 
Next: Liverpool dimalukan Forest, Newcastle hampakan misi kejuaraan Man City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.