Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat kebersamaan kunci tangani gejala kurang sihat terutamanya di sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Semangat kebersamaan kunci tangani gejala kurang sihat terutamanya di sekolah

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie semasa merasmikan Majlis Merarau SK Engkranji yang berlangsung di sini hari ini. Foto: Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Segala gejala yang kurang sihat dalam masyarakat dapat ditangani dengan lebih berkesan melalui semangat kebersamaan, kerjasama dan rasa kekitaan yang kukuh.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menekankan bahawa kesepaduan antara pihak sekolah, ibu bapa, guru dan komuniti tempatan memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran yang positif, sekali gus mengurangkan gejala negatif dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

“Apabila kita bekerjasama dan menanamkan rasa tanggungjawab bersama, pelbagai cabaran termasuk gejala kurang sihat dapat diatasi dengan lebih berkesan.

“Kebersamaan ini adalah asas kepada pembangunan komuniti yang harmoni dan sejahtera,” katanya ketika merasmikan Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Engkranji yang berlangsung di sini hari ini.

Doris menambah, usaha bersepadu sebegini bukan sahaja membantu membentuk generasi muda yang berdisiplin dan bertanggungjawab, malah mengukuhkan nilai kekitaan dalam kalangan penduduk setempat.

Dalam ucapannya, beliau memuji inisiatif serta kekentalan semangat pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut walaupun SK Engkranji merupakan sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) dan terletak jauh di pedalaman.

Majlis Merarau yang dianjurkan bertujuan menjadi platform pengumpulan dana bagi aktiviti sekolah sepanjang tahun, selaras dengan seruan Yang Dipertua PIBG dan Guru Besar agar semua pihak memberi kerjasama dan bermurah hati.

Doris menegaskan bahawa kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah, terutamanya sekolah di pedalaman, sangat bergantung kepada kerjasama erat dan padu antara pihak sekolah, PIBG serta komuniti setempat.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tuai Rumah Wilson Ayai, serta Guru Besar SK Engkranji, Bunggu Juttie, yang sama-sama menyeru agar semangat kekitaan terus dipupuk dalam kalangan ibu bapa, guru dan komuniti.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Rosey Yunus tinjau status baik pulih, jalan Kampung Tiris siap digunakan
Next: Kursus bakeri anjuran Wanita PBB Bukit Saban bimbing wanita Paku ceburi dunia niaga 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.