Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDN lancar aplikasi ez-TTPM, perkukuh akses aduan lebih mudah kepada pengguna
  • NASIONAL

KPDN lancar aplikasi ez-TTPM, perkukuh akses aduan lebih mudah kepada pengguna

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (dua, kiri) melancarkan sistem aplikasi ez-TTPM bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Tengah 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. Aplikasi yang dibangunkan TTPM itu bertujuan bagi memudahkan proses pemfailan tebus rugi melalui penggunaan teknologi digital yang lebih cekap dan mesra pengguna. Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) secara rasminya melancarkan sistem aplikasi ez-TTPM bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) hari ini bagi memperkukuh akses aduan lebih mudah kepada keadilan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata aplikasi yang dibangunkan TTPM itu bertujuan memudahkan proses pemfailan tebus rugi melalui penggunaan teknologi digital yang lebih cekap dan mesra pengguna.

“Pada fasa awal, melalui sistem ini orang ramai boleh memfailkan tuntutan, memuat naik dokumen sokongan dan membuat semakan status kes melalui portal TTPM tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat TTPM.

“Untuk fasa kedua pula, selain akses melalui portal TTPM, KPDN selanjutnya telah membangunkan aplikasi ez-TTPM yang boleh dimuat turun menggunakan telefon atau peranti pintar,” katanya selepas merasmikan Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.

Armizan berkata inovasi itu mengurangkan kos, masa menunggu serta memudahkan akses kepada pengguna, terutama bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar.  

Dalam pada itu, Amrizan memaklumkan bagi tempoh 1 Jan 2025 hingga 14 Nov lepas, sebanyak 9,203 pemfailan melibatkan RM77.2 juta nilai tuntutan telah direkodkan di seluruh Malaysia menerusi (pelbagai saluran aduan) TTPM dan daripada jumlah itu, sebanyak 6,881 kes berjaya diselesaikan. 

“KPDN kekal komited memberikan perkhidmatan yang cepat, adil dan mesra kepada rakyat sejajar dengan Piagam Pelanggan TTPM, setiap tuntutan akan didaftarkan pada hari yang sama ia difailkan manakala proses pendengaran dan penyelesaian kes dilaksanakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pendengaran pertama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Armizan memaklumkan nilai jualan bagi sektor perdagangan pengedaran temasuklah borong dan runcit merekodkan RM1.766 trilion pada 2024, tumbuh 5.5 peratus berbanding 2023, iaitu RM1.673 trilion berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Laporan terkini DOSM bagi 2025, sehingga September 2025, nilai jualan perdagangan borong dan runcit mencatatkan RM1.381 trilion, berbanding RM1.314 trilion pada tempoh yang sama untuk 2024,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata penganjuran Karnival KPDN dan KBBM Zon Tengah 2025 berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu adalah siri terakhir selepas ia diadakan di Johor (Zon Selatan), Kedah (Zon Utara), Pahang (Zon Timur) serta Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata antara tarikan sepanjang tiga hari karnival yang akan berakhir esok itu ialah penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) termasuklah PJRM Back to School, yang menawarkan pelbagai barangan untuk dibeli oleh pengunjung pada harga diskaun serta reruai-reruai produk dan barangan tempatan. 

“Selain itu, antara pengisian menarik sepanjang karnival ini ialah persembahan hiburan serta pameran yang informatif. Antara rakan strategik yang terlibat dalam jelajah kali ini seperti Al-Ikhsan, Shell, Petronas, TikTok dan Astro selain agensi-agensi kerajaan.

“KPDN berharap melalui Karnival KPDN dan KBBM Zon Tengah 2025, para pempamer dan pengunjung dapat memanfaatkan platform ini untuk memperluas rangkaian perniagaan, memperkenalkan jenama masing-masing serta menikmati peluang-peluang yang disediakan. Program ini juga antara petunjuk bahawa Malaysia mempunyai iklim ekonomi domestik yang cukup progresif, maju dan mampan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: MIH 2025 bermula selasa ini, sediakan platform strategik kesihatan mampan – KPJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.