Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rosey Yunus tinjau status baik pulih, jalan Kampung Tiris siap digunakan
  • Utara
  • WILAYAH

Rosey Yunus tinjau status baik pulih, jalan Kampung Tiris siap digunakan

Utusan Sarawak 5 hours ago
TURUN PADANG… Datuk Rosey Yunus ketika turun padang meninjau pihak kontraktor membaiki jalan Kampung Tiris, hari ini.

BEKENU: Jalan Kampung Tiris yang rosak dan runtuh hampir dua bulan sehingga tidak dapat dilalui kenderaan sejak September lalu kini kembali dapat digunakan setelah siap dibaiki.

Kerja-kerja pembaikan tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, yang turun padang meninjau status terkini projek bersama pihak kontraktor hari ini.

Menurut Rosey, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, jalan tersebut merupakan laluan utama bagi penduduk kampung serta rumah panjang untuk ke pekan.

“Laluan ini penting untuk penduduk mengeluarkan hasil pertanian setiap hari, dan ia juga menjadi laluan utama pelajar ke sekolah.

“Terdapat satu lagi laluan alternatif, namun jaraknya lebih jauh berbanding jalan ini,” katanya.

Sementara itu, Utusan Sarawak difahamkan kerosakan jalan tersebut berpunca daripada kebakaran belukar yang menjejaskan pembetung plastik di kawasan berkenaan, menyebabkan hanya motosikal dapat melaluinya sebelum kerja pembaikan dijalankan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Lampu solar terangi lokasi utama di Saratok, keselamatan penduduk ditingkatkan
Next: Semangat kebersamaan kunci tangani gejala kurang sihat terutamanya di sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.