Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 62 pelatih ILM Pelita Mas Laut tamat kursus, terima sijil
  • Tengah
  • WILAYAH

62 pelatih ILM Pelita Mas Laut tamat kursus, terima sijil

Utusan Sarawak 2 hours ago
TAHNIAH…Bianus Muyou (tiga kiri) menyerahkan sijil tamat kursus kepada salah seorang graduan Institut Latihan Maritim Pelita Mas Laut hari ini.

SIBU: Seramai 62 graduan Institut Latihan Maritim Pelita Mas Laut menamatkan kursus dan menerima sijil masing-masing pada majlis Tamat Kursus dan Penyampaian Sijil Marin Dek dan Enjin 2025 yang berlangsung di Kompleks Islam Sibu, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Bianus Muyou, yang dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada para graduan atas kejayaan menamatkan latihan maritim yang disifatkannya sebagai asas penting kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi di negeri ini.

Beliau berkata kejayaan tersebut bukan sahaja menandakan pengakhiran tempoh pengajian, tetapi permulaan kepada perjalanan baharu dalam industri maritim yang penuh cabaran, peluang dan tuntutan profesionalisme.

“Hari ini bukan sekadar penamat kepada satu perjalanan, tetapi permulaan kepada cabaran baharu dalam kerjaya maritim iaitu sebuah bidang yang menuntut disiplin, ilmu serta kecekalan,” katanya.

Bianus turut merakamkan penghargaan kepada Pelita Mas Laut atas usaha berterusan melahirkan tenaga kerja maritim tempatan yang kompeten, selain menekankan sumbangan ibu bapa dan keluarga sebagai pendorong utama kejayaan graduan.

Menurutnya, Sarawak memiliki potensi besar dalam sektor maritim merangkumi minyak dan gas, logistik, pelabuhan, pembinaan kapal serta perkhidmatan laut, sejajar kedudukan strategiknya di Borneo.

“Keperluan kepada tenaga mahir semakin meningkat. Graduan institusi ini adalah aset penting yang membawa nama keluarga, Pelita Mas Laut dan Sarawak,” katanya.

Beliau turut menekankan nilai profesionalisme yang perlu menjadi pegangan setiap graduan termasuk komitmen terhadap keselamatan, integriti serta ketahanan mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran di lautan terbuka.

Dalam pada itu, Bianus berkata Yayasan Sarawak terus komited memperkukuh pembangunan modal insan melalui skim biasiswa, pinjaman latihan teknikal dan program peningkatan kemahiran bagi memastikan lebih ramai anak Sarawak mampu menceburi sektor berpotensi tinggi termasuk maritim.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Watson Chunggat Leonard Doo; Pengarah Urusan Kumpulan Pelita Mas Laut Sdn Bhd, Masni Amit; Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Emeritus Professor Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid; Pengurus Besar Kumpulan Pelita Mas Laut Sdn Bhd, Mohamad Nazim Masni dan Pengarah Operasi Kumpulan Pelita Mas Laut Sdn Bhd, Mohamad Safrin Masni. 

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga kawasan dikenal pasti lokasi kerap banjir di Kampung Jeriah jadi fokus MPS
Next: SEDC Sarawak perkukuh agenda kelestarian melalui projek solar di Rumah Abus Junau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.