Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 pelajar PPDK Sarikei sertai program sokongan hidup asas dan kem berdikari
  • Tengah
  • WILAYAH

15 pelajar PPDK Sarikei sertai program sokongan hidup asas dan kem berdikari

Utusan Sarawak 4 hours ago
TEKNIK CPR… Anggota bomba menunjukkan teknik CPR kepada para peserta. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 15 pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sarikei telah mengikuti program sokongan hidup asas dan kem berdikari bagi meningkatkan pengetahuan kecemasan serta keselamatan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata program tersebut diadakan pada baru-baru ini di Kolam Renang Sarikei bermula 8.30 pagi turut disertai enam orang guru pengiring serta dua pegawai daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tiga anggota bomba bertindak sebagai tenaga pengajar, memberikan pendedahan teori dan latihan praktikal berkaitan bantuan kecemasan asas serta teknik menyelamat di air.

“Latihan bermula dengan penerangan mengenai asas tindakan kecemasan seperti menilai keadaan mangsa, teknik tekanan dada (CPR), bantuan pernafasan dan kepentingan bertindak pantas ketika berlakunya insiden kecemasan.

LATIHAN… Pelajar PPDK mempelajari teknik menyelamat di air. Foto BBP Sarikei 

“Para peserta turut diberi peluang mempraktikkan teknik yang diajar dalam situasi simulasi, bagi memastikan mereka memahami gerakan asas CPR dan cara meminta bantuan dalam keadaan sebenar,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, latihan diteruskan dengan demonstrasi dan latihan teknik menyelamat di air, termasuk kaedah keselamatan semasa berada di kolam renang, pengenalan alat bantuan serta cara menyelamat tanpa mempertaruhkan keselamatan diri.

“Program ini sangat penting kerana pelajar PPDK juga perlu diberi kemahiran asas keselamatan. 

“Pendedahan seperti ini memberi keyakinan kepada pelajar untuk bertindak dalam kecemasan. 

“Kemahiran asas seperti CPR dan keselamatan air sangat berguna dan boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.

Katanya, latihan tersebut bukan sahaja meningkatkan pemahaman teknikal, tetapi juga membina keberanian serta kesedaran kendiri pelajar PPDK dalam menghadapi situasi tidak dijangka.

“Sepanjang program berlangsung, semua aktiviti berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. 

“Para peserta juga menunjukkan disiplin, kerjasama dan komitmen yang sangat baik,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program OSC MIDS Kanowit 2025 berjaya kumpul 150 peserta
Next: Pusat Khidmat Repok agih kalendar 2026 dan kad Krismas kepada rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.