Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor perkukuh kesedaran kebakaran di SJKC Yong Kwong
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor perkukuh kesedaran kebakaran di SJKC Yong Kwong

Utusan Sarawak 6 hours ago
PADAM KEBAKARAN…. Peserta belajar cara memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Kesedaran keselamatan kebakaran dipertingkatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Kwong melalui program latihan praktikal dan ceramah keselamatan yang dikendalikan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata, ia melibatkan penyertaan 74 warga sekolah.

“Program tersebut diadakan pada semalam, bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, merangkumi ceramah pencegahan keselamatan kebakaran, latihan pengungsian bangunan serta demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api (APA).

“Seramai empat anggota BBP Bintangor terlibat dalam menjayakan sesi tersebut dengan penyertaan 58 orang murid, 14 guru dan dua staf SJKC Yong Kwong. 

“Program ini bertujuan memastikan semua peserta memahami prosedur asas menghadapi kecemasan kebakaran secara teratur dan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, latihan dimulakan dengan taklimat keselamatan serta penerangan berkenaan punca kebakaran, langkah pencegahan, kaedah bertindak awal dan teknik menyelamat diri sekiranya berlaku insiden dalam bangunan sekolah.

“Sesi kemudian diteruskan dengan latihan pengungsian bangunan, di mana murid dilatih bergerak mengikut laluan selamat yang ditetapkan, manakala guru memainkan peranan penting dalam memastikan setiap murid keluar dengan teratur dan tanpa panik.

“Demonstrasi pemadaman kebakaran turut diadakan, memberi peluang kepada warga sekolah menyaksikan teknik sebenar penggunaan alat pemadam api serta memahami cara mengawal api kecil sebelum ia merebak,” katanya. 

Katanya, program pendidikan keselamatan kebakaran di sekolah merupakan inisiatif penting bagi memastikan komuniti lebih bersedia menghadapi sebarang risiko kecemasan.

“Pendedahan awal seperti ini amat penting kerana ia membentuk kemahiran asas keselamatan. 

“Murid dan guru perlu tahu bagaimana bertindak pantas dan teratur sekiranya berlaku kebakaran,” katanya lagi. 

Jelasnya, latihan seperti ini bukan sekadar meningkatkan kesedaran, tetapi juga membina keberanian dan keyakinan peserta dalam mengendalikan situasi kecemasan.

“Kami mahu setiap sekolah di daerah ini mempunyai tahap kesiapsiagaan yang kukuh. 

“Pengetahuan yang betul mampu mengurangkan risiko kecederaan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tindakan segera diperlukan atasi pencerobohan kapal nelayan asing di perairan Sarawak
Next: Program OSC MIDS Kanowit 2025 berjaya kumpul 150 peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.