Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga Filipina ditahan miliki dadah di Limbang
  • JENAYAH

Lelaki warga Filipina ditahan miliki dadah di Limbang

Utusan Sarawak 5 hours ago
PATI SYABU… Suspek warga Filipina yang ditahan bersama syabu. Foto IPD Limbang

LIMBANG: Lelaki warga Filipina yang dipercayai memasuki Limbang melalui jalan laut secara haram untuk bekerja sejak lima tahun lepas, ditahan kerana memiliki dadah dalam operasi bersepadu semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata suspek ditahan 7.30 malam di kawasan Kampung Palas.

“Dalam  serbuan itu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar ditahan bersama satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis syabu beranggaran berat 0.4 gram.

“Hasil semakan mendapati suspek yang ditangkap tiada mempunyai rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parum mengesahkan hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif amphetamine dan methamphetamine. 

Katanya, suspek telah memasuki ke Daerah Limbang untuk  bekerja pada 2020 melalui jalan laut secara haram dan didapati pasport suspek tamat tempoh semasa tangkapan dibuat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 36 individu ditahan Op Tapis Narkotik di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.