Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibu jadi tumpuan antarabangsa, 200 delegasi sertai Kongres HLI ASPAC ke-24
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibu jadi tumpuan antarabangsa, 200 delegasi sertai Kongres HLI ASPAC ke-24

Utusan Sarawak 2 hours ago
 UNTUK ALBUM…Peserta dari dalam dan luar negara merakam kenangan bersama pada Kongres Human Life International Asia Pacific (HLI ASPAC) ke-24 di sebuah hotel di Sibu, hari ini.


SIBU: Bandar ini sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa apabila 200 peserta dari 11 negara berkumpul bagi menghadiri Kongres Human Life International Asia Pacific (HLI ASPAC) ke-24, yang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad.

Kongres bertemakan ‘I Praise You Because I Am Fearfully and Wonderfully Made’ itu menghimpunkan pemimpin keagamaan, pakar dasar, aktivis serta wakil sektor awam dan swasta dari India, Indonesia, Jepun, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan Poland.

Program yang dianjurkan oleh Human Life International (HLI) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Kasih Sayang Sibu (PKDKSS/Caritas Sibu) dilihat sebagai pengiktirafan terhadap kemampuan bandar ini menganjurkan acara berskala serantau yang menyentuh isu kemanusiaan dan kekeluargaan.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, menyifatkan penganjuran kongres ini sebagai platform strategik bagi memperkukuh peranan bandar ini dalam wacana global mengenai martabat manusia.

“Tema kongres ini mencerminkan penghargaan terhadap nilai setiap manusia. Dalam dunia yang berdepan cabaran sosial dan moral, Sibu menjadi tempat penting bagi dialog yang mengukuhkan nilai keluarga dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tempatan ASPAC ke-24, Eta Ting Ming Na pada program tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Beliau turut mengiktiraf usaha penganjur yang berjaya menghimpunkan tokoh serantau untuk membincangkan isu kehidupan, keluarga dan tanggungjawab moral, yang menurutnya mampu memberi impak kepada pembinaan masyarakat berasaskan hormat, belas kasihan dan integriti.

Kongres tiga hari itu menampilkan sesi pembentangan, dialog dan perkongsian pengalaman, sekaligus memperkukuh kedudukan bandar ini sebagai pusat perbincangan antarabangsa yang mempromosikan nilai kehidupan dan kekeluargaan.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 26 peserta sertai kursus asas koperasi baharu
Next: MPP raikan premis makanan dan tandas bersih 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.