Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rakyat akan terbeban jika pelancongan keterlaluan – Abdul Karim 
  • SEMASA

Rakyat akan terbeban jika pelancongan keterlaluan – Abdul Karim 

Utusan Sarawak 3 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media konsert ‘A Night with Andmesh Kamaleng’ di Bangunan Baitulmakmur II, di Petra Jaya, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Sarawak tidak mahu berdepan situasi seperti Bhutan, Barcelona, Bali atau Pattaya yang terpaksa mengenakan levi serta sekatan tertentu bagi mengawal lambakan pelancong akibat promosi pelancongan yang berlebihan, tegas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata keadaan itu boleh memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan termasuk peningkatan harga makanan laut, kos perkhidmatan dan tekanan terhadap industri setempat sekiranya kemasukan pelancong tidak dikawal secara seimbang.

“Kalau terlalu banyak sangat kita promosi sehingga menjadi seperti tempat-tempat itu, akhirnya rakyat kita sendiri yang menderita. Kita tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media konsert ‘A Night with Andmesh Kamaleng’, di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini. 

Katanya, pendekatan kerajaan negeri ialah memastikan pembangunan pelancongan berlaku secara berhemah dengan memberi tumpuan bukan sahaja kepada pengunjung luar, tetapi masyarakat tempatan juga perlu menikmati acara yang dianjurkan sepanjang tahun.

“Kita bukan fokus pada orang luar sahaja. Orang kita di sini mesti juga terhibur. Kita mahu cipta minat yang baik, suasana yang baik untuk semua peringkat umur,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata kementerian sentiasa memberi sokongan kepada penganjuran acara seperti muzik, kebudayaan dan makanan bagi memastikan Sarawak kekal hidup sepanjang tahun serta menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Katanya, antara pengisian yang akan berlangsung termasuk acara di Stadium Perpaduan, festival makanan dan budaya di Samarahan serta pelbagai program lain menjelang sambutan kiraan detik akhir tahun yang turut menampilkan pertunjukan bunga api, persembahan muzik dan paparan dron.

Dalam hal penganjuran, beliau menegaskan kementeriannya sentiasa meneliti punca sekiranya berlaku kegagalan acara kerana ia boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam membina imej pelancongan yang positif.

Setakat ini, katanya industri pelancongan menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kadar penginapan hotel di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu dilaporkan berada pada tahap yang sangat baik.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: Ahli Parlimen Miri bangkitkan isu pembangunan lapangan terbang, subsidi tiket dan kelewatan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.