Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anugerah Seni Sarawak 2025 dirai penuh gemilang
  • TEMPATAN

Anugerah Seni Sarawak 2025 dirai penuh gemilang

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan anugerah kepada Datin Senorita Linang yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seni Sarawak 2025.

KUCHING: Anugerah Seni Sarawak (ASS) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi satu majlis berprestij yang berlangsung di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, malam tadi.

Acara tersebut dianjurkan hasil kerjasama erat antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dan kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

MAJLIS turut memberikan penghormatan khas kepada Allahyarham Osman Bitul (B. Osman) melalui Anugerah NilaKandi Seni Sarawak Sepanjang Zaman, yang disampaikan kepada anak beliau. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap MTCP, Dato Sherrina Hussaini, serta Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris.

Penganjuran ASS 2025 bertujuan menghargai sumbangan besar para tokoh seni dan penggiat kreatif yang menunjukkan dedikasi tinggi serta komitmen luar biasa dalam memartabatkan seni budaya Sarawak. 

Pengiktirafan tersebut merangkumi pelbagai cabang seni termasuk muzik, tari dan teater, sekali gus menonjolkan kepelbagaian bakat kreatif yang lahir dari Bumi Kenyalang.

KAMPUNG Budaya Sarawak (SCV) diiktiraf melalui Anugerah Pendukung Seni Agensi Kerajaan dan Korporat atas peranan berterusan dalam mengangkat seni dan budaya tempatan.

Dalam majlis berkenaan, Datin Senorita Linang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seni Sarawak 2025, pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia seni negeri ini.

RTM Sarawak pula menerima Anugerah Pendukung Seni Media, manakala Kampung Budaya Sarawak (SCV) diiktiraf melalui Anugerah Pendukung Seni Agensi Kerajaan dan Korporat atas peranan berterusan dalam mengangkat seni dan budaya tempatan.

RAKAM KENANGAN…. Hamidah Mohamad menerima Anugerah Kesuma Kenyalang bersama Jane Lian Labang bergambar bersama anugerah yang dterima pada Anugerah Seni Sarawak (ASS) 2025.

Persatuan Grup Teater Ngoncong (GTN) diumumkan sebagai penerima Anugerah Pendukung Seni NGO, sementara Anugerah Opera Kenyalang (Seni Teater) diberikan kepada Ahmad Beduwi Narawi.

Dalam kategori muzik, Kamil Salem menerima Anugerah Sri Ritma Kenyalang, manakala Hamidah Mohamad menerima Anugerah Kesuma Kenyalang bagi kategori seni tari.

Majlis turut memberikan penghormatan khas kepada Allahyarham Osman Bitul (B. Osman) melalui Anugerah NilaKandi Seni Sarawak Sepanjang Zaman atas jasa dan sumbangannya yang berpanjangan dalam memperkayakan seni negeri.

Suasana malam anugerah semakin bermakna dengan persembahan memukau daripada barisan artis tempatan seperti Hafizzudin Jamaluddin, Chien Ng, Andrewson Ngalai dan Labang daripada Kumpulan Khalifah, sekali gus menghidupkan keunikan dan kekayaan seni persembahan Sarawak.

Penganjuran Anugerah Seni Sarawak 2025 menjadi manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam menyemarakkan dunia seni tempatan serta memperkukuh ekosistem kreatif Sarawak.

Inisiatif ini diharap terus memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menghargai, menghidupkan dan meneruskan legasi seni warisan Bumi Kenyalang.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak perkukuh usaha pendidikan awam bendung penipuan atas talian
Next: Antara dunia yang fana dan akhirat yang kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.