Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama jentera awam pacu keberkesanan dasar Sarawak 
  • SEMASA

Kerjasama jentera awam pacu keberkesanan dasar Sarawak 

Utusan Sarawak 5 hours ago
JELASKAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Kerjasama erat antara perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan disifatkan menjadi pemangkin utama keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan di Sarawak, menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Beliau berkata sokongan jentera pentadbiran Persekutuan terutama dalam sektor pendidikan dan kesihatan membantu menyelesaikan pelbagai isu termasuk pembaikan sekolah daif di negeri ini.

“Umpamanya dalam sektor pendidikan, banyak pegawai perkhidmatan awam Persekutuan bekerjasama dengan kita untuk menyelesaikan sekolah daif. Begitu juga dengan jabatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, hari ini. 

Pada masa sama, perkhidmatan awam negeri turut dipuji kerana mampu menyesuaikan diri dengan transformasi kerajaan khususnya dalam agenda pendigitalan pentadbiran.

Beliau menyatakan setiap jabatan juga mampu mengurus peruntukan masing-masing tanpa menimbulkan masalah, seiring keperluan dan tanggungjawab yang digalas.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kunjungan hormat JPKS kepada Datuk Amar Fadillah di Parlimen
Next: Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak capai 59.4 peratus, pacu kecekapan pentadbiran negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.