Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kenya berjaga-jaga susulan wabak Virus Marburg di Ethiopia
  • GLOBAL

Kenya berjaga-jaga susulan wabak Virus Marburg di Ethiopia

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG pesakit menunjukkan simptom penyakit virus Marburg.

NAIROBI: Kenya pada Selasa memaklumkan bahawa pihak berkuasa kesihatannya kini berada pada tahap berjaga-jaga selepas tiga kematian berkaitan penyakit Virus Marburg (MVD) dilaporkan di negara jirannya, Ethiopia, lapor Xinhua.

Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Kenya (KNPHI) berkata walaupun tiada kes dikesan di Kenya setakat ini, risiko penularan tetap tinggi berikutan pergerakan keluar masuk yang besar dari Ethiopia melalui lapangan terbang antarabangsa dan pintu sempadan darat. 

Keadaan itu menjadikan potensi kemasukan virus sebagai isu kesihatan awam serius yang perlu ditangani segera.

“Memandangkan kadar kematian penyakit MVD yang tinggi, pihak pentadbiran daerah digesa memperkukuh langkah pencegahan bagi melindungi kesihatan rakyat,” menurut nasihat KNPHI yang dikeluarkan di Nairobi.

Institut itu turut menggesa daerah-daerah meningkatkan kesedaran dalam kalangan petugas kesihatan mengenai definisi standard bagi kes demam berdarah virus, selain memperkukuh pemantauan di pintu masuk negara, fasiliti kesihatan dan komuniti bagi memastikan kes disyaki dapat dikesan dan dilaporkan dengan pantas.

Nasihat berkenaan dikeluarkan susulan pengesahan Kementerian Kesihatan Ethiopia mengenai wabak MVD di Jinka, di wilayah selatan negara itu — yang pertama dilaporkan di Ethiopia.

Menurut KNPHI, wabak dan kes sporadik MVD sebelum ini pernah berlaku di beberapa negara Afrika termasuk Angola, Republik Demokratik Congo, Ghana, Kenya, Equatorial Guinea, Rwanda, Afrika Selatan, Tanzania dan Uganda.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Ronaldo, Musk hadiri makan malam Trump bersama putera mahkota Saudi
Next: Siklon Tropika Fina terbentuk di perairan utara Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.