Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi akan labur AS$1 trilion di AS – Putera Mahkota
  • GLOBAL

Arab Saudi akan labur AS$1 trilion di AS – Putera Mahkota

Utusan Sarawak 9 hours ago
PUTERA Mahkota Mohammed bin Salman, berjabat tangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semasa majlis makan malam di East Room di White House pada 18 November 2025 di Washington, DC. Foto AFP

WASHINGTON: Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Selasa mengumumkan bahawa Arab Saudi akan meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS) daripada AS$600 bilion kepada hampir AS$1 trilion, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya percaya, Tuan Presiden hari ini dan esok kita boleh umumkan bahawa kita akan meningkatkan AS$600 bilion itu kepada hampir AS$1 trilion untuk pelaburan sebenar,” titah Putera Mahkota Mohammed kepada pemberita di White House, bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Sementara itu, Trump mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota kerana bersetuju untuk melabur AS$600 bilion di AS.

“Saya ingin berterima kasih kerana bersetuju untuk melabur AS$600 bilion ke Amerika Syarikat dan kerana baginda kawan saya, mungkin baginda akan jadikannya satu trilion, tetapi saya perlu usaha sikit lagi, namun yang pastinya kita boleh kira pada AS$600 bilion, walaupun angka itu mungkin meningkat sedikit lagi,” kata Trump.

Putera Mahkota tiba di Rumah Putih pada Selasa bagi rundingan dua hala dengan Presiden AS yang dijangka membawa kepada pemeteraian pelbagai perjanjian dua hala.

Putera Mahkota Mohammed, yang merupakan pemerintah de facto Arab Saudi, disambut dengan upacara penuh hormat setaraf seorang raja apabila jet terbang dalam formasi V di ruang udara Rumah Putih, meriam ditembak dan pancaragam Kor Marin AS memainkan lagu rasmi.

Trump menyambut ketibaan Putera Mahkota di South Portico sebelum kedua-dua pemimpin memasuki bangunan eksekutif itu.

Mereka dijangka menandatangani beberapa perjanjian dua hala, termasuk jualan pesawat pejuang halimunan F-35 kepada kerajaan itu, selain perjanjian perniagaan dan lain-lain. 

Lawatan ini merupakan yang pertama oleh pemerintah Arab Saudi berkenaan dalam tempoh lebih tujuh tahun.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Lebih 100,000 orang awam hilang tempat tinggal sejak RSF kuasai El-Fasher
Next: Ronaldo, Musk hadiri makan malam Trump bersama putera mahkota Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.