Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 peserta sertai Simposium Antarabangsa Inovasi Mampan RISD25 di UTS
  • TEMPATAN

50 peserta sertai Simposium Antarabangsa Inovasi Mampan RISD25 di UTS

Utusan Sarawak 6 hours ago
Khairuddin (duduk tiga dari kiri), Ling (duduk, kanan) dan yang lain merakam kenangan bersama peserta Simposium Antarabangsa RISD25 di Sibu hari ini.

SIBU: Seramai 50 peserta mengambil bahagian dalam Simposium Antarabangsa Inovasi Terkini untuk Pembangunan Mampan (RISD25) yang berlangsung di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Naib Canselor UTS, Emeritus Profesor Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid, berkata simposium selama dua hari yang bertemakan ‘Memperkasa Penyelesaian Mampan melalui Inovasi’ itu menjadi platform penting menghimpunkan penyelidik, pengamal industri, pembuat dasar serta komuniti untuk berkongsi idea dan memacu agenda pembangunan mampan berasaskan inovasi.


“Sepanjang dua hari simposium ini, peserta berpeluang mendengar, berinteraksi dan bertukar pandangan antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian.

Menurut Khairuddin, RISD25 bukan sekadar perhimpunan akademik, tetapi juga berperanan sebagai wadah perhubungan antara pelbagai pihak termasuk ahli akademik, industri dan masyarakat serta antara penyelidikan masa kini dengan realiti masa hadapan.

Simposium itu menampilkan pembentangan oleh pakar tempatan dan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada enam bidang utama, antaranya Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), kelestarian alam sekitar, urbanisasi dan infrastruktur mampan, teknologi maju untuk kelestarian, pendidikan dan inovasi sosial serta kesihatan dan kesejahteraan.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur RISD25, Prof. Ir. Dr. Ling Jen Hua berkata, simposium ini menyediakan platform tepat pada masanya untuk menghubungkan pelbagai disiplin dan wilayah dalam usaha membentuk masa depan yang lebih berdaya tahan dan bertanggungjawab.

“Melalui pembentangan utama dan sesi soal jawab interaktif, RISD25 membuka peluang kepada peserta untuk bertukar idea, berkongsi pengalaman dan meneroka pendekatan kolaboratif dalam menangani pelbagai cabaran mendesak berkaitan kemampanan.

“Dengan tema merangkumi infrastruktur mampan, inovasi bahan, tenaga, penjagaan kesihatan dan pengurusan pembinaan, simposium ini bertujuan menghasilkan penyelesaian praktikal, berasaskan sains dan relevan kepada masyarakat.

“Kami berbesar hati menyambut sembilan penceramah utama dari Malaysia, Singapura dan Brunei yang menzahirkan kepentingan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memajukan agenda pembangunan mampan,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Diwali pupuk keharmonian dan semangat Segulai Sejalai
Next: Aksi merempit dan ‘Superman’ tidak dibenarkan selepas dapat lesen sah – Hasbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.