Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM480,000 laksana sembilan projek RTP tingkat kemudahan komuniti di Kabong
  • WILAYAH

Peruntukan RM480,000 laksana sembilan projek RTP tingkat kemudahan komuniti di Kabong

Utusan Sarawak 7 hours ago
NUR Elffi Amir yang mewakili ADUN Kabong pada majlis ringkas serah tapak bagi beberapa projek RTP yang melibatkan sembilan projek pembangunan merangkumi infrastruktur kampung dan kemudahan komuniti. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Peruntukan berjumlah RM480,000 diperuntukkan bagi melaksanakan sembilan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, dengan tumpuan kepada penaiktarafan infrastruktur kampung serta kemudahan komuniti.

Projek-projek berkenaan diserahkan tapaknya dalam satu majlis ringkas hari ini, sekali gus menandakan permulaan pelaksanaan kerja bagi memastikan semua projek berjalan mengikut jadual dan memenuhi keperluan penduduk setempat.

Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk naik taraf Laluan Belian Malik Pawi di Kampung Hulu Laut Kabong bernilai RM100,000; naik taraf empat laluan belian ke laluan konkrit di Kampung Hilir Tengah Kabong RM60,000 dan pemasangan lampu solar di Gelanggang Futsal Sungai Pasir bernilai RM50,000.

NUR Elffi Amir yang mewakili ADUN Kabong pada majlis ringkas serah tapak bagi beberapa projek RTP yang melibatkan sembilan projek pembangunan merangkumi infrastruktur kampung dan kemudahan komuniti. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Selain itu, pembinaan pondok rondaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kabong, Kampung Sessang, Kampung Gerigat, Nyabor, Kampung Emplam dan Kampung Alit dengan kos RM45,000 setiap satu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata peruntukan tersebut menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar, di samping memastikan kesejahteraan penduduk terus dipertingkat.

Beliau menegaskan bahawa projek berskala kecil seperti penaiktarafan laluan kampung, pembinaan pondok rondaan dan penyediaan kemudahan sukan memberikan impak besar terhadap keselamatan, keselesaan serta keharmonian komuniti.

Chee Kadir turut berharap semua projek dapat disiapkan mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan dan memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

Majlis serah tapak itu turut dihadiri Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir yang mewakili ADUN Kabong; wakil Pejabat Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh; Penghulu Kamaluddin Rambli dan Rahman@Dom Kapok; wakil Majlis Daerah Saratok, Suriati David Thomas serta kontraktor-kontraktor yang dilantik.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Sukan Rakyat dan Futsal 2025 kukuhkan perpaduan komuniti 
Next: Kemajuan teknologi moden permudah kehidupan, pembangunan luar bandar di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.