Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • IPD Sarikei siasat insiden kemalangan ambulans dan kenderaan pacuan empat roda
  • KEMALANGAN

IPD Sarikei siasat insiden kemalangan ambulans dan kenderaan pacuan empat roda

Utusan Sarawak 15 hours ago
KEMALANGAN…. Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah ambulans dan kenderaan pacuan empat roda, semalam. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Sebuah ambulans dari Hospital Sarikei dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM436, Lebuh Raya Pan Borneo.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei menerima maklumat kemalangan tersebut sekitar 2.30 petang semalam. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu ambulans, lelaki berumur 53 tahun, keluar dari simpang arah Jalan Meruton menuju ke Hospital Sarikei, telah keluar simpang dari arah Jalan Meruton dan terus menukar laluan ke kanan. 

“Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, 31, dari arah Saratok menuju ke Sibu yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar ambulans dari belakang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

KEMALANGAN…. Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah ambulans dan kenderaan pacuan empat roda, semalam. Foto IPD Sarikei

Katanya, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami kerosakan kenderaan sahaja. 

“Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak polis. 

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 084-652222 sambungan 279,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu di jalan raya.

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Ambulans KKM terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat INTAN Sarawak
Next: Kemalangan ambulans KKM, kereta di INTAN Sarawak masih disiasat polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.