Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Ambulans KKM terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat INTAN Sarawak
  • KEMALANGAN

Ambulans KKM terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat INTAN Sarawak

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEMALANGAN… Tiga anggota Kementerian Kesihatan (KKM) terselamat selepas ambulans yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan kereta Proton Saga di persimpangan lampu isyarat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak, di sini hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KOTA SAMARAHAN: Tiga anggota Kementerian Kesihatan (KKM) terselamat selepas ambulans yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan kereta Proton Saga di persimpangan lampu isyarat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak, di sini hari ini.

Kejadian berlaku sekitar 12.55 tengah hari apabila ambulans berkenaan difahamkan sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit sebelum berlanggar dengan kereta tersebut.

Kesemua tiga mangsa, seorang pemandu dan dua petugas KKM, berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dalam keadaan selamat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Justin Basik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bertindak membuka pintu bahagian penumpang ambulans sebelum membantu ketiga-tiga mangsa turun menggunakan tangga dengan selamat. Tiada bahaya lain dikesan di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Operasi dikawal pada 1.10 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 1.19 petang.

Oleh Shahrul Qaizat  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Puluhan jemaah umrah India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi
Next: IPD Sarikei siasat insiden kemalangan ambulans dan kenderaan pacuan empat roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.