Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Sukan Rakyat dan Futsal 2025 kukuhkan perpaduan komuniti 
  • WILAYAH

Program Sukan Rakyat dan Futsal 2025 kukuhkan perpaduan komuniti 

Utusan Sarawak 11 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab menyepak bola ke gawang gol sebagai tanda perasmian pertandingan futsal. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis 

SARIKEI: Penganjuran Sukan Rakyat Komuniti Kerubong/Kerapa dan Pertandingan Futsal Terbuka 2025 mengangkat semangat komuniti dalam program pemimpin bersama rakyat yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab, semalam. 

Program tersebut berlangsung dengan meriah, melibatkan pelbagai penyertaan daripada penduduk setempat yang hadir bagi memeriahkan aktiviti sukan dan kejiranan.

Kesemua acara diadakan di Padang Futsal Kerubong, kemudahan yang telah siap dibina melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 Parlimen Tanjong Manis.

UCAPAN… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab berucap di Sukan Rakyat Komuniti Kerubong/Kerapa dan Pertandingan Futsal Terbuka 2025. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis 

Yusuf meluangkan masa menyantuni komuniti setempat, selain beramah mesra dengan para peserta yang mengambil bahagian dalam kedua-dua acara tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menekankan kepentingan program ini dalam mengeratkan hubungan masyarakat, memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.

Yusuf turut mengucapkan penghargaan kepada pihak penganjur, jawatankuasa komuniti, para peserta dan sukarelawan yang telah memainkan peranan penting memastikan kelancaran keseluruhan program.

Katanya, penglibatan aktif masyarakat dalam program sebegini membuktikan wujudnya semangat kerjasama yang kukuh, selain menyemarakkan aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada komuniti.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam projek RTP 2025 siap diserah, bukti komitmen kerajaan perkukuh infrastruktur
Next: Peruntukan RM480,000 laksana sembilan projek RTP tingkat kemudahan komuniti di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.