Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celsius, kualiti udara terus merosot
  • GLOBAL

Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celsius, kualiti udara terus merosot

Utusan Sarawak 4 hours ago
UDARA… Delhi mencatat kualiti udara pada tahap ‘sangat tidak sihat’ hari ini.

NEW DELHI: Delhi mencatat kualiti udara pada tahap ‘sangat tidak sihat’ hari ini dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) keseluruhan sebanyak 356, meskipun bandar itu merekodkan suhu terendah musim ini iaitu 8.7 darjah Celsius, menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB) dan Jabatan Meteorologi India (IMD).

Data aplikasi SAMEER CPCB menunjukkan lima stesen pemantauan mencatat kualiti udara dalam kategori ‘tidak sihat’, manakala 29 stesen mencatat bacaan ‘sangat tidak sihat’ antara 300 hingga 400, lapor Press Trust of India (PTI).

Menurut piawaian CPCB, AQI antara 0-50 dikategorikan sebagai ‘baik’, 51-100 ‘memuaskan’, 101-200 ‘sederhana’, 201-300 ‘tidak sihat, 301-400 ‘sangat tidak sihat’ dan 401-500 ‘merbahaya’.

IMD berkata suhu minimum 8.7 darjah Celsius itu adalah 3.6 darjah lebih rendah daripada paras normal, dengan kelembapan pada tahap 92 peratus pada 8.30 pagi (11 pagi waktu Malaysia).

Suhu terendah sebelum ini direkodkan pada 29 Nov 2022 iaitu 7.3 darjah Celsius.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Beruang masuk pusat beli-belah Aeon di Akita, Jepun
Next: Indonesia musnahkan udang tercemar Cs-137

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.