Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam projek RTP 2025 siap diserah, bukti komitmen kerajaan perkukuh infrastruktur
  • Tengah
  • WILAYAH

Enam projek RTP 2025 siap diserah, bukti komitmen kerajaan perkukuh infrastruktur

Utusan Sarawak 11 hours ago
SAKSI….Kapitan Ling Dien Yong (kanan) menyaksikan penyerahan projek RTP siap di SJKC St Martin. Foto Pusat Khidmat Repok 

SARIKEI: Enam projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 berjaya disiapkan dan diserahkan kepada komuniti setempat, sekali gus memperkukuh kemudahan asas rakyat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata demikian ketika mengulas pencapaian projek berkenaan.

Katanya, hadir bagi mewakili beliau menyaksikan penyerahan projek siap tersebut ialah Kapitan Ling Dien Yong. 

“Penyerahan projek RTP 2025 siap ini melibatkan beberapa lokasi termasuk kemudahan infrastruktur di rumah panjang, sekolah serta kawasan komuniti yang menerima manfaat secara langsung daripada pelaksanaan RTP.

“Antara projek siap diserahkan ialah premix di kawasan tepi Dewan JKKK Jalan Langsat yang kini dapat digunakan sebagai tempat letak kereta bagi kemudahan penduduk setempat.

“Penyerahan projek siap turut dilakukan di Gereja BEM (SIB) Bandar Sarikei, Jalan Dabai melibatkan pembinaan pagar, parit simen dan penutup parit bagi memastikan persekitaran gereja lebih selamat serta teratur,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, di Rumah Lingga Ujang, Selangan pula, projek menaik taraf parit rumah panjang telah siap sepenuhnya, memberikan keselesaan dan sistem saliran yang lebih baik kepada penghuni rumah panjang tersebut.

“Turut diserahkan ialah projek siap menaik taraf atap di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Kee, yang memperbaiki keselamatan dan keadaan struktur bangunan sekolah.

“Selain itu, SJKC St Martin turut menerima projek siap melibatkan kerja-kerja mengecat siling, pendawaian, serta penggantian pintu, tingkap dan kipas bagi memastikan kemudahan sekolah berada dalam keadaan baik dan selesa.

“Di SJKC Chung Hien, projek pemasangan awning telah disiapkan bagi menyediakan perlindungan tambahan untuk murid dan warga sekolah,” katanya. 

Katanya, pelaksanaan RTP merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan asas rakyat dipertingkatkan secara berfasa mengikut keperluan setempat.

“Projek-projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur, sekali gus meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok,” ujarnya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Kuching mohon bantuan jejaki wanita hilang, Sharon Beatrice
Next: Program Sukan Rakyat dan Futsal 2025 kukuhkan perpaduan komuniti 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.